Hidangan Raya

HADIAH UNTUK haneem MEK AYU

Pada suatu hari, Usop Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Usop ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana mereka baru dua bulan berkawan, jadi si Usop Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Usop pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru sebab ada sale hari itu.
Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Usop! Selepas membayar Usop Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.


Surat yang dia tulis tu berbunyi cam ni:

Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu,
Usop pilih hadiah ni kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab adik sepupu Usop, Usop dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembab sangat. Tapi Usop tengok adik sepupu Usop pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. Usop pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor.

Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok aje! Usop suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik!

Harapnya Ayu suka sebab Usop rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan Usop. Usop harap Ayu akan pakai untuk Usop hujung minggu ni.
Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu...

P/s : Kalau Ayu nak pakai, Usop nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

Yang menyayangimu,
Usop jendul


Moral : jangan tergesa-gesa kalau buat apa-apa tu. Biar lambat asal selamat. Err..Korang mesti dapat bayangkan apa yang Usop Jendul bakal terima bila dia bertemu kekasih barunya Mek Ayu tu..





Blogger Templates

2 comments:

peminat kamu | September 23, 2010

klu sy mat jendul, sy bunuh diri. Haha. gurau2.

p/s : ejanuddin ngeng~

Anonymous | October 10, 2010

ececehhhh..;p

Post a Comment

SiLa la mEngKomeN yERk