koleksi cerita2 sengal

dialog dua hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,"Apsal kau ni asyik menggigil jer?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.""So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi......"


nampaknya puan begitu sabar

Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..

Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit dengan suara perlahan.. si ibu berkata

"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..

"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..

"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesai.."

Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian....

"Sungguh Luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.

Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily


3 orang kawan

Pada suatu hari,adalah tiga kawan yang karib.nama mereka ialah Gaduh,Otak dan Gila.Tiba-tiba Gaduh telah hilang,lalu Otak dan Gila pun laporkan kepada polis yang bertugas.

Gila:polis saya nak cari Gaduh
Polis:awak ni gilakah?
Gila:ya
Polis:mana otak awak?
Gila:Otak saya diluar.


nape atuk berpeluh

Satu hari... ade sorang datuk meninggal... cam biase ar... bile orang meninggal... semua sedara mara balik datang ziarah... ade salah sorang cucu arwah nampak ade air kat belakang jenazah... die pun tanya r nenek die air ape 2...

cucu: nenek... kenapa datuk berpeluh???

nenek nya dengan selambe menjawab...

nenek: alarh cu... biase ar 2... datuk 2 baru first time meninggal... tu yang nervous sgt 2... sampai berpeluh peluh...


si lurus

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.

Polis : "P" mana pak cik?
Pak Cik : Pi Aloq Staq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak bergurau plak yea, "P" mana?
Pak Cik : Aku nak pi Aloq Staq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana "P"?
Pak Cik : Aku dah habaq tak sat Aloq Staq , hang tak dengaq ka? Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Aloq Staq. Mentang-mentang hang pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi...pi lah.....
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa, saja cari pasai!!!!!


kisah seorang janda yang dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi
dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah
tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana
hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di
waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan
dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi
badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga
sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan
menyambung tidur semula.

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga.

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....


(sampai sni dlu ek..nant kite sambong ag)... =)

0 comments:

Post a Comment

SiLa la mEngKomeN yERk