hikmah bersahur

Firman Allah SWT;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".

(Surah Al-Baqarah: 184)

Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana Allah telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab.

a) sahur yang barokah
Berkenaan dengan sahur yang dianggap sebagai barokah sangatlah jelas, kerana dengan makan sahur bererti mengikuti sunnah, memperkuatkan diri di dalam menjalani ibadah puasa, menambahkan semangat berpuasa, dan ibadah puasa menjadi lebih ringan. Selain itu, dengan makan sahur, ia juga merupakan suatu tindakan untuk menyelisihi Ahlul Kitab kerana mereka tidak melakukan makan sahur.


b)Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada org yg bersahur
Allah s.w.t akan meliputi orang-orang yang sahur dengan ampunan-Nya, memenuhi mereka dengan rahmat-Nya, malaikat Allah memintakan ampunan bagi mereka, berdoa kepada Allah agar memaafkan mereka, agar mereka termasuk orang-orang yang dibebaskan oleh Allah di bulan Ramadhan.



meL3watKan sAHuR
Disunnahkan supaya mengakhirkan (melewatkan) sahur sehingga ke waktu betul2 hampir terbit fajar, kerana Nabi dan Zaid bin Tsabit pernah melakukan sahur. Dan ketika keduanya selesai makan sahur, Nabi bangkit untuk solat subuh, dan jarak (selang waktu) di antara sahur dan masuknya solat adalah kira-kira lamanya seseorang membaca lima puluh ayat al-Quran.

hUKumnY3

Nabi melarang meninggalkannya, beliau bersabda (yang ertinya):

“Sahur adalah makanan yang barokah, janganlah kalian tinggalkan, walaupun hanya meminum seteguk air, kerana Allah dan Rasul-Nya memberi selawat kepada orang yang sahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah , Ahmad dari tiga jalan dari Abi Said al-Khudri. Sebahagian jalannya menguatkan yang lain)

Perkara tersebut sememangnya diperintahkan.

Sahur adalah sebagai syiar puasa seorang muslim, dan pemisah (pembeza) di antara puasa kita dan puasa Ahlul Kitab.

Larangan meninggalkan sahur

Inilah qarinah yang kuat dan dalil yang jelas. Walaupun demikian, al-Hafiz Ibnu Hajar menukilkan dalam kitabnya “Fathul Bari” (4/139) bahawa akan ijma’ berkenaan kesunnahannya. Wallahu A’lam…




0 comments:

Post a Comment

SiLa la mEngKomeN yERk