hidangan tengahari 2

zwani.com myspace graphic comments



kisah c pelancong
Kisah ni berlaku kat salah satu kwsan perkelahan air terjun di Cameron Highland...seorang pelancung telah bertanya kepada Tok Batin area situ... Pelancong: Tok, betul ke sini ramai orang mati bila cuba terjun dari tempat tinggi tu? Tok Batin: Betuuul...baru semalam ade mangsa terbaru, mati on the spot (ni Tok Batin educated) Pelancong: Habih dia orang ni tak serik-serik ke Tok? Tok Batin: Entahlah encik..tak tahu lak Tok semade dia orang ni serik atau tidak kerana kebetulan semua yang jatuh tu semuanya mati on the spot...tak sempat lak nak tanye!
Pelancong:&*&^%&*..(terpinga-pinga)

Emo Comments For Hi5

Dapur Paling Bersih di Bandar
Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu. Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan... Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Emo Comments For Hi5

Bapak borek anak rintik
Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan. Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. "Nampaknya anak aku dah lawan taukeh ni." bisik hatinya. Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas. Namun, kebimbangan ini hilang bila bapanya timbul semula. "Bapa pergi mana?" tanya anaknya segera. "Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai, rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit dalam sungai tu." kelentong bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah. Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. "Itulah bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya."

Emo Comments For Hi5






Free Signature Generator

0 comments:

Post a Comment

SiLa la mEngKomeN yERk