jom g terawih...


salam kawan2... ketume kite lagi yerk... untuk bulan ramadhan ni..aku akan cube untuk tulis satu bnda yang berguna kepada korang sume. untuk entri kali ni..aku nak cerita pasal terawih..amatlah rugi kepada sape2 yang xpegi..bukn ape..saje nk ingtkn..zamn skunk klu tego da kena tampar..so..bek tegor2 dalam sni..hu...

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa2 org mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa2 org mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama org sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat2 yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu2 dan tanah2 mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa2 org yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala org sembahyang terawih sepertimana yg telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13
- Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap2 kejahatan dan keburukan.
Malam 14
- datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
- Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
- Allah s.w.t tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17
- Allah kurniakan org yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18
- Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19
- Allah s.w.t tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20
- Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan org2 solihin.
Malam 21
- Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
- Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap2 dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23
- Allah s.w.t binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24
- Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25
- Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26
- Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27
- Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
- Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29
- Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30
- Allah s.w.t beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

2 comments:

Anonymous | August 25, 2009

salam ramadhan....

Moga saudara berada dlm kerahmatan dan keredhaan Allah...

berkenaan hadith yg saudara bawakan dlm entri ini iaitu berkaitan kelebihan solat tarawih setiap mlm...setakat pembacaan dan pengetahuan saya, ia merupakan hadith dhaif dan ada ulama hadith yg mengatakan ianya hadith maudhu'(palsu).

wallahua'lam...

MataBulat | August 25, 2009

salam ramadhan...

terima kasih saudara...

oh...yeke??maaf la..saya tulis apa yang saya tahu saje..
maaf bnyk2..
i'Allah saya akan mmbuang..
terima kasih atas keprihatinan anda..

wassalam

Post a Comment

SiLa la mEngKomeN yERk